Dalam keresahan kami sekeluarga akan kesihatan tok mek..sepupu en somi selamat melangsungkan perkahwinan..ini adalah majlis kawen pertama buat mak uda..adik mama mertua saya..sayu hati mak uda kenangkan majlis anaknya dan juga kesihatan ibunya..kami sumer hadir beri sokongan buat mak uda..alhamduillah majlis akad nikah berjalan lancar..cuma saya sekeluarga yg menginap di jeli manakala yg lain pulang ke kota bharu usai majlis akad nikah..
Kami menginap di TNB Pergau, Jeli.. penginapan yg selesa dan kemudahan yg sesuai tuk kami menginap selama satu malam..saya tempah 2 bilik tuk 2 malam..tp kami hanya sempat menginap tuk satu bilik sahaja..hanya en somi yg bantu pas majlis akad nikah dan saya plak kena jaga anak2 buah dan sepupu mandi di kolam penginapan kami..leka seketika tgk adik2 riang gembira..selama raya nie, mereka x berpeluang tuk beraya..hanya menanti tetamu dan bermain sesama sndr di lobi hospital..
Keesokan harinya kami menyambut majlis besar..alhamduillah majlis berjalan ngan jayanya..ramai saudara mara yg hadir memeriahkan majlis..ada riak tawa pd wajah mak uda hari itu..tawa menyambut menantu pertama..;) Tok che jgk dapat hadir..lengkaplah keluarga en somi hari itu..slalunya abg faizal n kak zu kena jaga tok che di rumah dan kami sumer menanti di hospital..syg sgt x bergambar bersama..saya dan en somi sibuk membantu mana yg perlu..saya jaga lauk pauk dan en somi jadi tokey air tuk majlis kali nie..mujur aina dan awish pandai bwk diri..pas makan dan puas bermain,dorg melanguk tgk tv jer kt umah mak uda..Niat di hati nak stay lg semalam..terasa penat dan lenguh satu badan selepas menanggah di majlis tapi kami dpt panggilan segera blk ke kota bharu..keadaan tok mek tidak stabil! selepas habis mengemas..kami tinggalkan Jeli dalam keadaan tergesa2..
No comments:
Post a Comment