14 July, 2009

tag dr cikgu sarah

Kawan-kawan sekalian, sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.
Termasuk mereka yang berada di luar negara ;-)


1. Bekas kekasih saya adalah :
harap maaf..saya tidak mempunyai bekas kekasih..bukan kerana saya tidak laku tetapi saya tidak pandai untuk bercinta berkali-kali..

2. Saya sedang mendengar :
berita 1.30 menerusi telefon bimbit saya..

3. Mungkin saya patut :
pergi ke midvalley..membeli-belah..terapi minda untuk wanita..

4. Saya suka :
tidur,makan,membeli-belah(bukan dengan duit saya)..berjalan-jalan,pandu kereta dengan laju,bargayut di telefon..

5.Sahabat-sahabat baik saya :
ramai..adakah saya ni baik? Mungkin juga..yang paling rapat ngan saya,ijam dan angah (terima kasih mengambil berat tentang saya)

6.Saya tak paham :
kenapa saya perlu lakukan pekara yang sama setiap hari..

7.Saya kehilangan :
masa berkualiti bersama tunang saya..mungkin si dia sibuk sekarang ini..saya perlu memahaminya..

8.Ramai yang berkata :
saya semakin debab..mungkin juga..tidakkah mereka sedar yang saya tidak pernah kurus sejak debab ini..

9.Makna nama saya :
x ada makna..Marliana..anda tau maknanya?

10.Cinta itu adalah :
sesuatu yang indah..sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata..

11.Di suatu tempat,seseorang sedang :
bercuti sedangkan saya sedang bekerja..x aci weh!

12.Saya akan cuba :
menghabiskan pengajian saya..

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
sampai bila-bila..

14.Telefon bimbit saya :
pembantu peribadi saya..

15.Bila saya terjaga dari tidur :
tengok jam dah pukul berapa,jika masih awal..saya tidur balik..

16.Saya paling meluat apabila :
berhadapan dengan orang yang suka berlagak..

17.Pesta/Parti adalah :
bukan budaya saya..x mau..a mau..

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
anak kucing..walau saya tidak sukakanya..

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
zaman belajar diuitm perak..disitulah saya mengenali 'cinta'..

20.Hari ini :
saya berpuasa..duduk diam2 di pejabat..

21.Malam ini saya akan :
ada kuliah 'international accounting'..
x sabar nak pergi kelas

22.Esok pula saya akan :
bekerja seperti biasa siangnya..
pergi ke kuliah pada malamnya..
bosannya..rutin yang sama setiap hari..


23.Saya betul-betul inginkan :
komputer riba yang baru..
kalu boleh sony vaio berwarna ungu..
en tam,tunaikanlah permintaan saya ini..

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
tahi lalat yang comel itu masih lagi di situ..

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
terapi minda saya..alangkah seronoknya jika itu kepunyaan saya..

26.Makanan Barat atau Jepun :
makanan barat..saya tidak pandai makan makanan mentah..

27.Bilik yang terang atau gelap :
terang..saya takut gelap tanpa bersama si dia..hahaha

28.Makanan segera adalah :
makanan kegemaran saya..makanan untuk orang yang malas masak seperti saya..

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
jaga diri..(in english take care k)

30.Siapa yang anda mahu Tag?
sesiapa sahaja yang sanggup jawab 30 soalan seperti saya..
dah sanggup baca,sanggup ar jugak jawab kan..
TAG U!

No comments: